Staf unit galenikal telah merekacipta
satu produk inovasi yang dapat memberikan akses mudah untuk mendapatkan sampul ubat yang disimpan di almari penyimpanan sampul ubat. Almari penyimpanan sampul ubat ini membantu dalam
mengurangkan kehilangan sampul serta sentiasa kelihatan kemas dan rapi.
Tujuan:
Bagi mengasingkan sampul yang ada
dalam pelbagai saiz
Meringkas serta mempercepatkan proses
pengambilan sampul serta menjimatkan masa dan tenaga dari tercari-cari
Lebih kemas dan tersusun rapi
Sedap mata memandang dalam masa yang
sama praktikal dan mudah digunakan
Gambar sebelum digunakan almari penyimpanan sampul ubat, sampul-sampul disimpan secara pukal didalam kotak. Ini menyebabkan sampul kadangkala terkeluar dan kelihatan tidak kemas dan rapi.
Gambar selepas dihasilkan almari penyimpanan sampul ubat, sampul disimpan di dalam dan diasingkan mengikut saiz masing-masing. Ruangan kelihatan rapi dan sampul mudah untuk dicari ketika diperlukan.
Disediakan oleh
Rohayu Samsina
No comments:
Post a Comment