1. Burung Merpati merupakan salah satu jenis binatang yang taat setia kepada pasangannya. Ia tidak akan menukar pasangannya sehingga meninggal dunia seperti serigala.
2. Burung Merpati juga berintelek kerana dapat mengecam orang. Orang yang pernah bertindak ganas seperti menghalau mereka akan dicam seumur hidup dan Burung Merpati tidak akan mendekatinya. Burung merpati juga pandai mendapat makanan dalam ujian menarik benang yang betul untuk mendapatkan makanan.
3. Burung Merpati digunakan untuk menyampaikan maklumat dan berita.
a) Perang Dunia Pertama, Burung Merpati menjadi penyampai maklumat tentang
khabar peperangan. Salah satu Burung Merpati terkenal-Cher Ami (Sahabat Baik)
yang terbang melalui medan perang dan dicedera oleh peluru sempat menyampaikan
berita kepada askar-askar Perancis dan justeru itu menyelamatkan mereka telah
dianugerahkan Anugerah ‘Croix de Guerre’
b) Dalam Perang Dunia Kedua, Burung Merpati telah kurang berpengaruh dengan
penciptaan teknologi radio. Tetapi, Burung Merpati sekali lagi menyelamatkan askar-
askar british yang berjaya menawan sebuah bandar Italy. Akibat kerosakkan radio,
mereka menggunakan burung merpati untuk sampaikan kejayaan mereka kepada
tentera bersekutu. Ini mengelakkan tindakan tentera bersekutu yang sedang
merancang untuk mengebom bandar tersebut. Burung Merpati tersebut digelar G.I.
Joe dan dianugerahkan anugerah ‘Dickin’.
c) Burung Merpati juga digunakan antara New Zealand dan Great Barrier Island. Ini
menolong menyampaikan berita tentang gempa bumi yang berlaku di Great Barrier
Island. Berita tersebut sampai dalam masa 25minit, manakala berita melalui pos
sampai 3 hari kemudian. Ini menolong Kerajaan New Zealand mengaturkan operasi
penyelamatan mangsa lebih awal.
d) Syarikat Reuters juga menggunakan Burung Merpati sebagai penghantar berita.
Walaupun telegram telah wujud antara Negara Jerman dan Negara Belgium, syarikat
reuters masih menggunakan Burung Merpati untuk menghantar berita terkini dan
harga saham terkini.
4. Burung Merpati digunakan untuk berlumba. Burung Merpati juga diternak sebagai jaguh sukan. Penternak-penternak Burung Merpati akan menternak dan berlatih dengan burung mereka supaya dapat memenangi sukan ini. Trajedi juga pernah berlaku di mana Perlumbaan Burung Merpati dari Negara Perancis ke Negara England telah hilang lebih daripada 59, 000 ekor Burung Merpati akibat arah penerbangan mereka bersilang dengan kapal terbang concorde yang melalui kawasan tersebut. Bunyi ultrasonic yang dikeluarkan oleh kapal terbang concorde telah menyebabkan Burung Merpati yang sedang berlumba kehilangan arah penerbangan dan tidak dapat pulang ke pangkal penternak mereka.
5. Burung Merpati sebagai tanda keamanan. Burung Merpati dengan satu dahan pokok Zaitun menjadi simbol keamanan dan harapan dalam catatan Hebrew dan Bible. Ia dipilih sebagai simbol keamanan pada 1949 di Kongres Keamanan di Perancis. Simbol Burung Merpati ini dilukis oleh artis terkenal Picasso dan melambangkan semangat ayahnya yang mengajarnya melukis Burung Merpati. Kta-kata terkenal ayahnya “Saya berdiri bersama hidup dan bertentang dengan mati; Saya berdiri bersama keamanan dan bertentangan dengan peperangan.”
6. Burung Merpati di dalam Agama.
a.
Muslim,
i.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan Abu Bakr Radhi
Allahu Anhu yang sedang bersembunyi dalam sebuah gua di Bukit Thawr. Allah
Taála mengarahkan burung merpati untuk membina sarang untuk menutupi gua
tersebut dan menyelamatkjan mereka daripada dikesani musuh.
ii.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam juga dikaitkan
dengan semasa Zaman Otoman, pihak berkuasa Istanbul diminta untuk mengeluarkan
peruntukan untuk memelihara Burung Merpati serta membayar gaji kepada pekerja
yang ditugaskan untuk memelihara Burung Merpati ini.
b. Sikh,
Kaum Sikhs juga memberi makanan kepada Burung
Merpati untuk menghormati tok guru Gobind Singh yang berkawan baik dengan
Burung Merpati. Sesetengah Sikh juga berpendapat bahawa Burung
Merpati merupakan penjelmaan semula daripada hidup sebelum. Dengan memberikan
makanan kepadanya seseorang tidak akan lapar apabila menjelma semula.
7. Burung Merpati sebagai sumber makanan. Ada juga
orang yang memburu burung merpati untuk dimakan. Zaman perang dunia kedua dan
juga sebelumnya, Daging dan masakan Burung Merpati terdapat di Perancis, England,
Negara Asia dan lain-lain lagi.
8. Tahi
Burung Merpati sebagai sumber baja dan simfoni (potassium nitrate) untuk buat
senjata api. Sebelum penemuan cara untuk memperoleh sumber simfoni, Tahi Burung
Merpati merupakan satu-satunya cara mendapatkan sumber simfoni untuk
menghasilkan bahan letupan.
No comments:
Post a Comment