Aktiviti Kreativiti dan Inovasi

INOVASI EKSA

RISALAH CETAKAN KEPADA QUICK RESPONSE (QR) CODE 

Seiring perkembangan teknologi telefon pintar pada zaman kini, pelbagai maklumat mudah dapat diperolehi di hujung jari. Konsep imbasan Quick Response atau ringkasan QR telah berkembang pesat dalam aktiviti seharian termasuk dalam aktiviti perbankan, tiket pengangkutan awam, maklumat produk dan pendaftaran. Maka, Farmasi Hospital Tapah telah menaiktaraf risalah informasi. Hasil daripada pengujian, Q-risalah berjaya menangani dan memberi informasi kepada pengguna kami dengan cepat, pantas, mudah dan murah.


Projek yang dijalankan oleh kumpulan farmasi dinamakan Q-Risalah yang mengadaptasikan konsep QR kod ke atas semua risala media cetakan yang akan ditukarkan format PDF. Setiap risalah berformat PDF akan dimuat naik ke dalam laman Google Drive dan digenerasikan link yang dikongsi dalam perincian QR di laman web QR Generator.

Pihak farmasi  bercadang meluaskan lagi program ini ke smua fasiliti KKM bermula daripada fasiliti di negeri Perak dan kemudian di seluruh fasiliti kesihatan Malaysia. Ini sekaligus dapat menurunkan kos promosi dan perbelanjaan dalam media cetakan, yang boleh disalurkan bagi membeli bekalan ubat bagi kegunaan fasiliti kesihatan.

No comments:

Post a Comment