Monday 10 December 2018

Hari EKSA Hospital Tapah 2018

Hari EKSA Hospital Tapah 2018

Tarikh: 2 APRIL 2018
Lokasi: Perkarangan Hospital Tapah
Jam: 8.00pagi -12.30tengahari


Hari Pelancaran EKSA 2018 telah dilaksanakan pada 2 April 2018. Antara aktiviti yang telah dianjurkan pada hari tersebut adalah, pertandingan gerai terbaik,penerangan dari pegawai mengenai EKSA serta penyampaian hadiah bagi program EKSA.

Para kakitangan hospital telah berganding bahu dalam menjayakan Hari EKSA Hospital Tapah 2018. Pelbagai gerai jualan telah didirikan bagi mengumpul dana dalam menjalankan aktiviti EKSA bagi zon masing-masing. Antara gerai jualan yang terdapat pada hari EKSA tersebut adalah gerai jagung 'corn in a cup' dan popcorn, gerai kuih muih, foodtruck burger, gerai laksa dan bihun sup, gerai kerabu somtam, gerai jualan kerepek dan gerai minuman.




Pihak hospital turut menyeru serta menggalakkan para peniaga agar tidak menggunakan sebarang plastik/polisterin dalam jualan, serta mengajak para peniaga dan pembeli membawa bekas makanan dari rumah agar dapat mengurangkan pencemaran alam.

Pada hari tersebut, pihak ZON MERPATI telah memenangi beberapa aktiviti yang dijalankan bersempena Hari EKSA. Antara anugerah yang telah dimenangi adalah



1.LAMAN WEB EKSA TEMPAT PERTAMA HOSPITAL TAPAH
2.SUDUT MAYA EKSA IMBASAN QR yang mendapat tempat PERTAMA ANUGERAH INOVASI EKSA HOSPITAL TAPAH 
3.PROGRAM PENGUMPULAN MDI yang mendapat tempat KETIGA ANUGERAH INOVASI EKSA HOSPITAL TAPAH
4.GERAI TERBAIK HARI EKSA HOSPITAL TAPAH


Antara staff zon merpati bersama hadiah yang dimenangi.

No comments:

Post a Comment