Monday 10 December 2018

AKTIVITI BERSEMPENA PROGRAM EKSA SEPANJANG 2018

Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2018. Aktiviti ini dijalankan seiring dengan pelaksanaan pelbagai program EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) bagi sekitar kawasan unit Farmasi dan Bekalan Hospital Tapah.

Staf farmasi telah bergotong royong mengemaskini dan membersihkan persekitaran farmasi untuk meningkatkan nilai prestasi, ruang persekitaran tempat kerja yang kondusif serta daya saing organisasi dalam menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif.

Zon Merpati Hospital Tapah merangkumi Farmasi Bekalan dan  Farmasi Logistik. Zon Merpati mengandungi perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Klinikal dan Farmasi Logistik.

Pelbagai penambahbaikan telah dibuat antaranya adalah menyediakan

1. Menyediakan sudut ruangan kitar semula di hadapan unit Farmasi Pesakit Luar



2. Menyusun tur susunan ruang kerja diatas meja di Bilik Pegawai Farmasi


               SEBELUM

               SELEPAS



3. Menyelaraskan kotak di ruangan stok ubat prabungkus

             SEBELUM

             SELEPAS


4.Menyediakan ruang letak termometer peti sejuk dan data


Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan di sekitar ruangan farmasi bagi meningkat produktiviti serta persekitaran yang kondusif. Diharapkan agar ini sedikit sebanyak membantu pihak kami dalam menyahut seruan EKSA.

No comments:

Post a Comment