Monday 23 January 2017

Gantt Chart dan Cerita Kecil EKSA


Gantt Chart EKSA Zon Merpati, H.Tapah

Setelah sekian lama, hari ini adalah bengkel EKSA yang pertama. Saya ambil kesempatan ini untuk memuat naik Gantt Chart atau lebih dikenali Carta Perbatuan. 

Secara keseluruhan, Amalan Harian Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal dijalankan setiap hari. Dari segi Gotong-royong, Zon Merpati telah menjalankan 2 Gotong-Royong Perdana sempena anjuran Pihak Induk EKSA Hospital Tapah. Promosi berkaitan EKSA juga dijalankan sepanjang masa yang dirancang. 

Latihan juga diberikan kepada semua Staf Farmasi dan Logistik tetapi ada mengalami kekangan masa dan ruang. Pertandingan Antara Zon belum dimaklumkan lagi, maka tiada apa-apa tindakan lagi. Akan tetapi, Zon Merpati yakin akan dapat menangani semua rintangan dan menang dalam pertandingan yang akan dijalankan.

Lawatan ke organisasi lain juga dijalankan. 11/11/16 ke Mahkamah Syariah (Daerah Batang Padang) dan 5/10/16 ke HOSHAS (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah). 



No comments:

Post a Comment