Wednesday 19 December 2018

INOVASI EKSA

RISALAH CETAKAN KEPADA QUICK RESPONSE (QR) CODE 

Fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik kesihatan menyebarkan informasi tentang penjagaan kesihatan dan maklumat ubat melalui risalah-risalah dalam bentuk media cetakan. Farmasi Hospital Tapah menjalankan pelbagai aktiviti seperti Kenali Ubat Anda, Program Berhenti Merokok, Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit dan lain lain. Walaupun risalah kesihatan melalui media cetak dapat mencapai objektif tetapi risalah kerap kali dibuang begitu sahaja selepas beberapa minit membaca. Pembuangan risalah bukan sahaja membazirkan sumber alam dan kos percetakan, malah sampah yang terhasil boleh menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit.




Risalah asal yang diagihkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah terhad dan terpaksa di ulang cetak ke dalam versi hitam putih bagi menampung keperluan fasiliti masing-masing. Cetakan dan lipatan risalah bukan sahaja memakan masa, kos dan tenaga kerja, malah tidak cantik seperti risalah asal selepas beberapa kali cetakan semula.




Seiring perkembangan teknologi telefon pintar pada zaman kini, pelbagai maklumat mudah dapat diperolehi di hujung jari. Konsep imbasan Quick Response atau ringkasan QR telah berkembang pesat dalam aktiviti seharian termasuk dalam aktiviti perbankan, tiket pengangkutan awam, maklumat produk dan pendaftaran. Maka, Farmasi Hospital Tapah telah menaiktaraf risalah informasi. Hasil daripada pengujian, Q-risalah berjaya menangani dan memberi informasi kepada pengguna kami dengan cepat, pantas, mudah dan murah.


No comments:

Post a Comment