Sunday, 5 April 2020

INOVASI:KOTAK UBAT WAD

Pihak Farmasi Hospital Tapah telah mencipta satu inovasi dalam memudahkan kakitangan farmasi dalam mengoptimumkan penggunaan bekas ubat ketika memberi kaunseling discaj pesakit di Hospital Tapah. Direka untuk meminimalisasi risiko kehilangan ubat di dalam perjalanan dari unit farmasi ke wad semasa pemberian ubat pesakit discaj di Hospital Tapah. Ia juga memudahkan pegawai farmasi membawa ubat pesakit discaj dari farmasi ke wad serta sebagai “Value Added Service” kepada Pegawai Farmasi dengan membekalkan bekas ubat yang sesuai untuk meletakkan ubat-ubat pesakit discaj dan seterusnya meningkatkan kualiti perkidmatan farmasi demi mencapai objektif program farmasi di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum menggunakan Kotak Ubat Wad, Pegawai Farmasi terpaksa membawa satu bekas ubat seperti dibawah untuk setiap satu pesakit.


Melalui hasil perbincangan dikalangan staf, maka terhasil satu produk yang dinamakan Kotak Ubat Wad bagi memudahkan pegawai farmasi klinikal. 

Proses Pembuatan
Ruangan mampu memuatkan sehingga 6 ubat pesakit discaj

Pegawai Farmasi Klinikal menggunakan Kotak Ubat Wad
Pegawai Farmasi di wad ketika memberi ubat discaj 


Kotak Ubat Wad disediakan dalam pelbagai saiz

Diharapkan inovasi ini dapat memudahkan Pegawai Farmasi Klinikal dalam memberikan ubat discaj seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi.


Friday, 3 April 2020

Persediaan Farmasi Hospital Tapah dalam menghadapi COVID-19

Novel Coronavirus atau COVID-19 boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti SARS dan MERS-CoV. COVID-19 tiada vaksin. Amalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi mengelak diri anda dan orang lain dijangkiti.


Mengambil inisiatif ini, staf Farmasi Hospital Tapah telah menjalankan beberapa aktiviti dalam mengurangkan risiko penularan COVID-19. Aktiviti ini dibantu oleh beberapa staf farmasi untuk memastikan bergerak lancar. Pihak Farmasi membuat Social Distancing di kawasan tempat menunggu di Farmasi Pesakit Luar. Social Distancing ialah satu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan penularan jangkitan atau wabak.


Farmasi Hospital Tapah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan dengan beberapa perkara

Social Distancing di Kawasan Farmasi Pesakit Luar



Penyediaan PPE untuk kegunaan staf



 



#stayathome
#covid-19
#kitajagakita
#kitamestimenang


Sudut Informasi Farmasi 2020

Ruangan sudut informasi unit Farmasi Hospital Tapah disediakan sebagai tempat pemberitahuan maklumat khususnya untuk para pesakit dan pelanggan yang datang ke Farmasi Pesakit Luar Hospital Tapah mengenai maklumat yang berkaitan dengan Hospital Tapah serta pendidikan kesihatan dan informasi mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang di sediakan oleh pihak hospital.
Sudut informasi kali ini memaparkan info semasa mengenai


  • Waktu Pengambilan Ubat yang betul
  • Cara Pengambilan Ubat yang betul 
  • Hargai Ubat Anda


Antara info yang disediakan di sudut infomasi Farmasi Hospital Tapah


Waktu Pengambilan Ubat yang betul

Waktu pengambilan melibatkan kekerapan ubat tersebut diambil. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:


Arahan khas pengambilan melibatkan ubat-ubatan tertentu sahaja. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:

Sebelum makan
Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil. Selain itu, ia juga meningkatkan penyerapan ubat yang diambil sewaktu perut kosong. Sebagai contoh ubat Insulin Actrapid Injection, Iron Tablet dsbnya.

Selepas makan
Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan iritasi perut. Ini bermaksud ubat tidak boleh diambil/sewaktu kosong. Sebagai contoh ubat Mefenamic Acid, Ranitidine dsbnya.

Sebelum/selepas makan
Arahan ini diberikan untuk ubat-ubatan yang tindakan dan pengambilan tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong. Sebagai contoh ubat Paracetamol, Chorpheniramine dsbnya.

Bersama makanan
Tujuan arahan ini adalah untuk mempertingkatkan kesan ubat dan menggalakkan penyerapan yang lebih efektif. Sebagai contoh ubat Acarbose, Calcium Carbonate dsbnya.

Ambil waktu pagi sahaja
Sebagai contoh ubat Frusemide yang boleh menyebabkan kerap membuang air kencing. Ia boleh menganggu tidur pesakit. (Jika bekerja waktu malam maka perlu diambil waktu malam)

Ambil waktu malam sahaja
Sebagai contoh ubat Simvastatin. Ubat ini mempunyai kesan yang optimum jika diambil pada waktu tidur. Sintesis kolesterol meningkat waktu malam.

Ambil bila perlu
Arahan ini diberi adalah untuk ubat perlu diambil jika ada simptom atau penyakit sahaja. Sebagai contoh ubat Paracetamol, Mefenamic Acid.


Cara Pengambilan Ubat

Ubat dihasilkan dalam pelbagai bentuk sediaan seperti tablet, krim dan sebagainya. Bentuk sediaan yang berlainan mempunyai cara pengambilan yang berbeza seperti gambarajah dibawah. Tujuannya adalah untuk memastikan ubat bertindak terus ke atas sistem/organ tersebut. Ini seterusnya memberi kesan optimum terhadap simptom/penyakit dan mengelakkan kesan sampingan.



Aktiviti EKSA sekitar Farmasi Hospital Tapah

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu:

Imej Korporat;
Kreativiti dan Inovasi;
Amalan Hijau
Persekitaran Kondusif; dan
Kepelbagaian Agensi.

Staf farmasi mengambil pendekatan ini dalam membuat aktiviti EKSA di sekitar kawasan Farmasi Hospital Tapah. Sesi kemaskini dilaksanakan bagi mengelak lambakan barang serta makanan yang tidak dituntut. Aktiviti ini dibantu oleh beberapa staf farmasi untuk memastikan kelancaran aktiviti.

Antara kawasan yang terbabit adalah 

  • Bilik Pegawai Farmasi Hospital Tapah
  • Pantri Farmasi Hospital Tapah
  • Kawasan SPUB Farmasi Pesakit Luar Hospital Tapah

Gambar Sekitar Aktiviti

Bilik Pegawai Farmasi 

Sebelum


 Selepas


Pantri Farmasi Hospital Tapah

Sebelum


Selepas


Kawasan SPUB Farmasi Pesakit Luar Hospital Tapah

Sebelum



Selepas


Diharapkan kekemasan ini dapat dikekalkan untuk jangka masa yang panjang.





Tuesday, 16 April 2019

HARI PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN DAN HADIAH HARI EKSA 2019

Hari    : Jumaat
Tarikh: 15 MAC 2019
Lokasi: Dewan CME, Hospital Tapah

Bersempena perhimpunan pagi bulan Mac 2019, anjuran unit rekod perubatan telah diadakan majlis penyampaian sijil penyertaan dan hadiah bersempena hari EKSA 2019 yang dilaksanakan pada 2 Mac 2019



Unit Farmasi dan Bekalan berjaya mengekalkan sekali lagi kejayaan buat tahun kedua sebagai Kaunter Terbaik dan Inovasi Terbaik. Selain itu, Unit Farmasi dan Bekalan turut berjaya merangkul tempat pertama untuk anugerah Gerai Terbaik.





Diharapkan agar ini dapat memberikan semangat kepada ahli unit farmasi dan bekalan dalam memberikan usaha yang lebih pada tahun hadapan untuk mengekalkan kejuaraan


Friday, 15 March 2019

INOVASI: Cold Chain Box

Amalan penstoran dan pengedaran yang baik memainkan peranan yang penting bagi memastikan kualiti dan keberkesanan ubat-ubatan adalah dikekalkan sehingga sampai ke pengguna. Bagi produk yang mempunyai keperluan untuk menyimpan produk dalam julat 2 – 8 darjah Celsius, suhu di bawah 2 darjah Celsius atau lebih daripada 8 darjah Celsius akan menjejaskan kualiti dan keberkesanan ubat-ubatan apabila penstoran yang baik tidak diamalkan. Ubat kritikal yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit akan menjadi tidak berkesan berdasarkan fungsinya kerana keperluan dan pengedaran ubat tidak dikendalikan dengan sewajarnya.

Dalam industri farmaseutikal, integriti perubatan rangkaian sejuk turut penting bagi beberapa produk seperti vaksin, produk darah, dan biologik. Sekiranya produk berkenaan disimpan di luar suhu penyimpanan yang disyorkan, kualiti produk akan terjejas. Hanya personel yang berdedikasi dibenarkan untuk mengendalikan ubat-ubatan yang bersifat rangkaian sejuk. Suhu penyimpanan bagi kebanyakan vaksin adalah di antara 2-8 darjah Celsius. Pengendalian vaksin bermula dengan proses pengilangan sehingga vaksin diberikan kepada pesakit, suhu semasa penyimpanan dan pengangkutan perlu dipantau secara berterusan dengan penggunaan alat pemantauan suhu

Mengambil inspirasi dalam meningkatkan mutu kualiti terhadap pesakit, Unit Galenikal telah mengambil inisiatif dalam mengubahsuai kotak untuk dijadikan COLD CHAIN BOX. Cold Chain Box ini berfungsi sebagai satu tempat simpanan sementara untuk kegunaan ketika penghantaran singkat diantara jarak dari farmasi ke ward atau dari jarak farmasi logistic ke farmasi bekalan.

Foto Cold Chain Box







Foto sebelum diubahsuai kotak Cold Chain Box




Disediakan oleh
Charlotte Faye @ Qistina

Sudut Kitar Semula

Sudut Kitar Semula telah dihasilkan dalam menyahut gagasan ini, Unit Farmasi dan Bekalan Hospital Tapah telah menubuhkan sudut kitar semula untuk mempromosi serta mengajak pesakit dan pelanggan di Hospital Tapah untuk mengitar semula sisa sampah mereka.

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Pada masa kini, isu alam sekitar merupakan masalah global dan universal yang perlu diberi perhatian serius terutama dalam penggunaan tong kitar semula kertas terpakai. Umumnya, masyarakat mempunyai kesedaran terhadap isu alam sekitar tetapi tahap penglibatan dan amalan penjagaan alam sekitar amatlah rendah.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.      
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakkan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik. Bahan yang hendak dikitar semula perlulah dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih dan akan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Foto Sudut Kitar Semula Unit Farmasi dan Bekalan Hospital Tapah



Disediakan oleh:
Najwa Izzati Binti Mohamed
Nur Feazira BInti Abdul Kadir
Nur Syamimi Binti Suhaimi
Noor Hamiza Binti Abdullah
Nurul Nadiah Binti Mat Dawam
Wan Nur Syahirah Binti Wan Zaidi