Wednesday 31 January 2024

Aktiviti Eksa di Unit Prabungkus & Galenikal serta Aktiviti Menceriakan Tempat Kerja Sempena Tahun Baru Cina 2024

Pada bulan Januari 2024, unit Prabungkus/Galenikal telah mengambil inisiatif untuk mengemas dan menceriakan ruang kerja untuk menghasilkan ruang kerja yang lebih kondusif. Antara aktiviti eksa yang dijalankan adalah seperti mengemaskan petak prabungkus, menyusun fail meja kerja, dan juga membersihkan dinding serta lantai yang kotor.

 
Gambar-gambar sebelum aktiviti eksa: Meja kerja yang penuh dengan barang, petak penyimpan yang tidak kemas, dan bahan pembungkus yang berselerak.


Gambar-gambar di atas: Lantai dan dinding yang kotor.

Selepas aktiviti eksa dijalankan, ruang kerja di unit prabungkus & galenikal menjadi lebih kemas dan kondusif. 
Gambar di atas menunjukkan meja kerja unit prabungkus & galenikal telah dikemaskan. Mesin laminate dan penimbang disimpan dengan kemas, dan kotak-kotak di atas meja telah dibuang.

Gambar diatas: Ruang meja kerja menjadi luas dan kemas.

Gambar-gambar di atas: Lantai dan dinding ruang kerja telah dibersihkan, petak-petak penyimpan barang prabungkus disusun dengan kemas.


Ruang kerja unit prabungkus & galenikal menjadi lebih selesa dan kondusif untuk menjalankan kerja-kerja harian. Tahniah kepada unit tersebut dan diharapkan tempat kerja yang selesa ini dapat dikekalkan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti menghias unit farmasi dan menceriakan bilik pegawai telah dijalankan sempena menjelang Tahun Baru Cina 2024. Dengan kreativiti pegawai farmasi Cik Teh Wen Yan, seluruh unit farmasi telah kelihatan lebih ceria.

Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang menjelang bulan Febuari, unit farmasi telah dihias dengan deco Tahun Baru Cina yang bertemakan Tahun Naga. Dalam bimbingan pegawai farmasi Cik Teh, ahli-ahli yang terlibat menolong menghiaskan unit farmasi termasuklah pegawai farmasi Cik Hazlin, Cik Goh Sook Pin, dan Pn Sia Rui Ying.

 
Gambar-gambar di atas: Kaunter OPD Farmasi yang dihias dengan deco Tahun Baru Cina tema Naga. 



Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan naga besar itu adalah hasil daripada bahan recycle packet angpau yang dilipat bentuk kipas.


Bahan-bahan naga deco IPD farmasi yang dicipta oleh pegawai Cik Teh ini pula dibuat daripada kertas manila yang dilukis dan dipotong (muka & ekor naga) serta dilipat (badan naga) untuk dijadikan naga 3D.



Hasil deco kaunter IPD farmasi yang digambarkan 'naga mengejar bola' yang kreatif. 



Di samping menceriakan unit farmasi, bilik pegawai farmasi juga dikemas dan diceriakan. Papan-papan sudut klinikal dan pusat maklumat ubat telah dikemaskini dengan statistik tahun 2023 untuk menghadap audit ADAF 2024 yang akan diadakan pada bulan Jun nanti. 




Semoga semua aktiviti eksa setahun sekali ini memberikan ruang kerja yang selesa dan diharapkan tempat kerja yang kondusif dapat kita kekalkan bersama. 

Selamat Tahun Baru 2024!























No comments:

Post a Comment