Friday 20 November 2020

Aktiviti Eksa Sekitar Kawasan Farmasi Hospital Tapah November 2020

EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S oleh MAMPU terhadap pelaksanaannya di agensi awam temasuklah di Farmasi Hospital Tapah . Lima elemen baru diperkenalkan dalam pelaksanaan EKSA dengan Konsep asal 5S masih dikekalkan

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu:

                        Imej Korporat 

                        Kreativiti dan Inovasi

                        Amalan Hijau

                        Persekitaran Kondusif

                        Kepelbagaian Agensi


Faedah Pelaksanaan EKSA

                        Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)

                        Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi

                        Mengenal pasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran

                        Meningkatkan imej jabatan/agensi sektor awam

                        Menjana idea kreatif dalam kalangan warga jabatan /agensi

                        Meningkatkan semangat kerja berpasukan

                        Meningkatkan disiplin warga jabatan/agensi

                        Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan

                        Mewujudkan piawaian kerja yang jelas


Staf farmasi mengambil pendekatan ini dalam membuat aktiviti EKSA di sekitar kawasan Farmasi Hospital Tapah. Sesi kemaskini dilaksanakan bagi mengelak lambakan barang yang tidak dituntut atau sudah tidak digunakan lagi. Aktiviti ini dibantu oleh beberapa staf farmasi untuk memastikan kelancaran aktiviti.


Antara kawasan yang terbabit adalah

                        Bilik Pegawai Farmasi Hospital Tapah

                        Bilik Kaunseling Farmasi Hospital Tapah


Gambar Sebelum dan Selepas dikemaskini

Sebelum : Bilik Pegawai Farmasi

Sebelum : Bilik Pegawai Farmasi



Selepas : Bilik Pegawai Farmasi


Bilik Kaunseling Farmasi Hospital Tapah sebelum dan selepas dikemaskini












No comments:

Post a Comment