Untuk menyambut tahun baru 2023, aktiviti-aktiviti menceriakan bilik pegawai dan menghias unit farmasi telah dijalankan bulan Januari 2023. Dengan bimbingan dan kreativiti pegawai farmasi Cik Teh Wen Yan, seluruh unit farmasi telah kelihatan lebih ceria.
Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang terjatuh pada bulan Januari, unit farmasi telah dihias dengan deco Tahun Baru Cina yang bertemakan Tahun Arnab. Ahli-ahli yang terlibat menghiaskan unit farmasi termasuklah pegawai farmasi Cik Umairah, Cik Hazlin, Cik Low Hui Xin, Cik Nadhirah dan Pn Sia Rui Ying.
Kaunter Farmasi Pesakit Luar
Kaunter Farmasi Pesakit Luar
Kabinet Farmasi Pesakit Luar
Ruang Saringan & Transkrib Preskripsi Farmasi Pesakit Luar
Pintu Farmasi Pesakit Dalam
Rak-rak Ubat Farmasi Pesakit Dalam
Di samping itu, bilik pegawai juga dihias dengan tema tahun arnab Tahun Baru Cina. Semua alat hiasan adalah daripada hasil kreativiti pegawai Cik Teh Wen Yan.
Hasil kreativiti pegawai Cik Teh atas papan putih bilik pegawai
Papan Putih Bilik Pegawai
Selain itu, papan informasi pusat maklumat ubat dan carta organisasi farmasi klinikal & pusat maklumat ubat telah dikemaskini di bilik pegawai.
Papan Informasi Pusat Maklumat Ubat
Carta Organisasi Farmasi Klinikal & Pusat Maklumat Ubat
Kedua-dua papan kenyataan di bilik pegawai
Tahun baru, azam yang baru. Aktiviti-aktiviti menceriakan tempat kerja staf unit farmasi merupakan satu inisiatif yang baik untuk memastikan tempat kerja yang selesa dapat dikekalkan. Ini adalah penting untuk memastikan kualiti servis unit farmasi dapat dikekal dan ditingkatkan.
Selamat Tahun Baru 2023!
No comments:
Post a Comment