Ruangan sudut informasi unit Farmasi Hospital Tapah disediakan sebagai tempat pemberitahuan maklumat khususnya untuk para pesakit dan pelanggan yang datang ke Farmasi Pesakit Luar Hospital Tapah mengenai maklumat yang berkaitan dengan Hospital Tapah serta pendidikan kesihatan dan informasi mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang di sediakan oleh pihak hospital.
Sudut informasi kali ini memaparkan info semasa mengenai
- Waktu Pengambilan Ubat yang betul
- Cara Pengambilan Ubat yang betul
- Hargai Ubat Anda
Antara info yang disediakan di sudut infomasi Farmasi Hospital Tapah
Waktu Pengambilan Ubat yang betul
Waktu pengambilan melibatkan kekerapan ubat tersebut diambil. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:
Arahan khas pengambilan melibatkan ubat-ubatan tertentu sahaja. Umumnya, sesuatu ubat yang dibekalkan mempunyai arahan pengambilan seperti berikut:
Sebelum makan
Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil. Selain itu, ia juga meningkatkan penyerapan ubat yang diambil sewaktu perut kosong. Sebagai contoh ubat Insulin Actrapid Injection, Iron Tablet dsbnya.
Selepas makan
Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan iritasi perut. Ini bermaksud ubat tidak boleh diambil/sewaktu kosong. Sebagai contoh ubat Mefenamic Acid, Ranitidine dsbnya.
Sebelum/selepas makan
Arahan ini diberikan untuk ubat-ubatan yang tindakan dan pengambilan tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong. Sebagai contoh ubat Paracetamol, Chorpheniramine dsbnya.
Bersama makanan
Tujuan arahan ini adalah untuk mempertingkatkan kesan ubat dan menggalakkan penyerapan yang lebih efektif. Sebagai contoh ubat Acarbose, Calcium Carbonate dsbnya.
Ambil waktu pagi sahaja
Sebagai contoh ubat Frusemide yang boleh menyebabkan kerap membuang air kencing. Ia boleh menganggu tidur pesakit. (Jika bekerja waktu malam maka perlu diambil waktu malam)
Ambil waktu malam sahaja
Sebagai contoh ubat Simvastatin. Ubat ini mempunyai kesan yang optimum jika diambil pada waktu tidur. Sintesis kolesterol meningkat waktu malam.
Ambil bila perlu
Arahan ini diberi adalah untuk ubat perlu diambil jika ada simptom atau penyakit sahaja. Sebagai contoh ubat Paracetamol, Mefenamic Acid.
Cara Pengambilan Ubat
Ubat dihasilkan dalam pelbagai bentuk sediaan seperti tablet, krim dan sebagainya. Bentuk sediaan yang berlainan mempunyai cara pengambilan yang berbeza seperti gambarajah dibawah. Tujuannya adalah untuk memastikan ubat bertindak terus ke atas sistem/organ tersebut. Ini seterusnya memberi kesan optimum terhadap simptom/penyakit dan mengelakkan kesan sampingan.