Monday, 23 January 2017

Gantt Chart dan Cerita Kecil EKSA


Gantt Chart EKSA Zon Merpati, H.Tapah

Setelah sekian lama, hari ini adalah bengkel EKSA yang pertama. Saya ambil kesempatan ini untuk memuat naik Gantt Chart atau lebih dikenali Carta Perbatuan. 

Secara keseluruhan, Amalan Harian Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal dijalankan setiap hari. Dari segi Gotong-royong, Zon Merpati telah menjalankan 2 Gotong-Royong Perdana sempena anjuran Pihak Induk EKSA Hospital Tapah. Promosi berkaitan EKSA juga dijalankan sepanjang masa yang dirancang. 

Latihan juga diberikan kepada semua Staf Farmasi dan Logistik tetapi ada mengalami kekangan masa dan ruang. Pertandingan Antara Zon belum dimaklumkan lagi, maka tiada apa-apa tindakan lagi. Akan tetapi, Zon Merpati yakin akan dapat menangani semua rintangan dan menang dalam pertandingan yang akan dijalankan.

Lawatan ke organisasi lain juga dijalankan. 11/11/16 ke Mahkamah Syariah (Daerah Batang Padang) dan 5/10/16 ke HOSHAS (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah). 



Tuesday, 10 January 2017

Pengenalan EKSA dan Zon Merpati serta Carta Organisasi Zon Merpati, Hospital Tapah.

Aktiviti EKSA sekitar Bilik Pegawai Farmasi Hospital Tapah



Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu:

Imej Korporat;
Kreativiti dan Inovasi;
Amalan Hijau
Persekitaran Kondusif; dan
Kepelbagaian Agensi.
Staf farmasi mengambil pendekatan ini dalam membuat aktiviti EKSA di sekitar kawasan Farmasi Hospital Tapah

Antara kawasan yang terbabit adalah 

-Bilik Pegawai Farmasi Hospital Tapah
-Pantri Farmasi Hospital Tapah
-Kawasan SPUB Farmasi Pesakit Luar Hospital Tapah

Gambar Sekitar Aktiviti

Bilik Pegawai Farmasi 

Sebelum


 Selepas


Pantry Farmasi Hospital Tapah

Sebelum


Selepas


Kawasan SPUB Farmasi Pesakit Luar Hospital Tapah

Sebelum



Selepas


Diharapkan kekemasan ini dapat dikekalkan untuk jangka masa yang panjang.