Unit farmasi dan bekalan Hospital Tapah telah menubuhkan sudut kreativiti dan inovasi untuk mempromosi serta mengajak pesakit dan pelanggan di Hospital Tapah untuk mengitar semula bahan-bahan yang terpakai. Produk-produk yang telah dihasilkan diperbuat daripada kotak-kotak ubat terpakai dari stor ubat Unit Farmasi Hospital Tapah.
Gambar di atas: Sudut Kreativiti dan Inovasi Unit Farmasi
Projek ini dimula dengan mengumpulkan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar hospital. Mengambil inspirasi dalam meningkatkan mutu kualiti untuk pesakit, Unit Farmasi Hospital Tapah telah mengambil inisiatif dalam mengubahsuai kotak untuk dijadikan kereta mainan, bus sekolah dan kapal mainan. Ini dapat menghiaskan sudut kreativiti dan inovasi. Kotak ini diperbuat daripada kotak terbuang, kotak polistirena terbuang, botol plastik terpakai, pinggan polisterin, tali rafia sedia ada dan kertas pembalut hadiah.
Gambar di atas: 3 Produk iaitu kereta mainan, bas sekolah dan kapal mainan yang menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak, botol plastik, pinggan polistrin dan label ubat yang tidak terpakai.
Di samping itu, sudut informasi yang memaparkan informasi tentang pengambilan ubat dalam kalangan kanak-kanak kurang mendapat sambutan daripada penjaga atau ibu bapa pesakit kanak-kanak. Informasi tersebut akan dibuat dalam bentuk risalah dan diletakkan di kereta mainan, bus sekolah serta kapal mainan “DIY”. Justeru, adalah diharapkan ini dapat menarik perhatian penjaga ataupun ibu bapa pesakit kanak-kanak dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang pengambilan ubat dalam kalangan kanak-kanak.
Gambar di atas: Risalah Penggunaan Ubat untuk Kanak-kanak
Tahniah kepada ahli kumpulan farmasi "Earth Salvage" yang diketuai oleh Liew Mun Yee, PRP Muhammad Adib, PPF Charlotte Faye, PPF Syamimiliana dan PPK Rohayu yang menghasilkan sudut kreativiti dan inovasi ini.
Kitar semula
adalah amalan mudah dan tidak memerlukan masa lama yang dapat mengurangkan
penggunaan sumber baharu untuk dijadikan bahan baharu. Justeru, kita haruslah
menggalakkan orang ramai mengamalkan kitar semula demi kepentingan alam sekitar.
Ini akan dapat menyelesaikan masalah dan secara tidak langsung meningkatkan daya
kreativiti masing-masing.
Diharap ada lagi projek kreativiti dan inovasi dapat dihasilkan pada masa depan.